Selamat Datang ke halaman Ibtisam Travel & Tours Sdn Bhd.

Iklan Terkini Pengenalan Umrah Upah Haji Galeri Hubungi Kami

 

INFO TERKINI

 

Pejabat urusan kami telah berpindah ke alamat yang baru (berhampiran pejabat lama) berhadapan dengan Sekolah Agama Al Furqan, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang.

 

Alamat Pejabat Baru:

No. 7 Jalan 2/14,

Dataran Templer,

Bandar Baru Selayang,

68100 Batu Caves.

Selangor Darul Ehsan

 

MAKKAH TERKINI

 

 

 
 

Emel Webmail

PENGENALAN

 

Sejarah IBTISAM TRAVEL & TOURS SDN BHD  bermula pada 1 April 1982 dengan penubuhan Jemaah Al Furqan di Dewan Masjid Negara, Kuala Lumpur. 

 

          Berdaftar dengan SSM bernombor 470998-T pada 29 Oktober 1998 yang beroperasi di Bangsar Park, Kuala Lumpur. Syarikat pada mulanya menggunakan nama Muassasah Darul Al Furqan menjalankan aktiviti berkaitan ibadah umat Islam seperti kursus-kursus, kelas dan seminar Al Quran, motivasi, kaunseling kekeluargaan, kursus pra-perkahwinan, sekolah tahfiz kanak-kanak dan menganjurkan pakej umrah dan ziarah.

 

          Secara aktifnya syarikat telah melakukan beberapa Program Umrah, Ziarah dan Ibadah Berpakej iaitu termasuk ziarah Timur Tengah seperti ke Jordan, Mesir dan Turki dengan kerjasama bersama beberapa ejen pelancongan tempatan dan luar negeri.

 

          Tanggal 8 Mac 2005, nama syarikat ditukar kepada IBTISAM TRAVEL & TOURS SDN. BHD. Tujuan penukaran nama syarikat adalah untuk mengembangkan aktiviti syarikat memandangkan fokus utama adalah sebagai syarikat pengurusan pakej umrah dan haji ke Tanah Suci, mengelolakan pakej ziarah Islami seperti ke tempat-tempat menarik dan bersejarah dalam serta luar negeri. Disamping itu syarikat terus mengadakan kursus-kursus dan seminar yang berkaitan.

 

          Ibtisam turut berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia, lesen bernombor KPL 4582. Ketika itu pejabat beroperasi di No 7, Jalan 2/8, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. Ibtisam juga menganggotai Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

 

          Terkini, syarikat pada awal 2013 secara rasmi telah berpindah ke alamat baru dalam lokasi yang sama.

 

           Ibtisam Travel & Tours Sdn Bhd merupakan milik 100% Dato Ust Hassan Mahmud Al Hafiz. Mantan Mudir program Astro Oasis Imam Muda 1, 2 & 3 dan terkini sebagai hos rancangan komedi Elak Elak di Astro Warna.

          Beliau juga merupakan Mantan Imam Masjid Negara pada awal 80an. Pernah mengacarakan program TV3 Al Kulliyyah sekitar 90an. Beliau juga pernah menganggotai Majlis Agama Islam Negeri Perlis. Beliau juga merupakan mantan Pengerusi Lajnah Teks Al Quran KDN. Pada masa yang sama beliau merupakan Penolong Pengarah Bahagian Dakwah (INDAH), Pusat Islam (Sekarang JAKIM).

          Sebelum itu beliau merupakan Timbalan Pengetua Institut Tahfiz Wal Qiraat, Pusat Islam (Sekarang Darul Quran-JAKIM) dan pernah memangku jawatan Pengetua di institut tersebut. Beliau juga bekas seorang tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pernah mewakili Kerajaan Malaysia Ke Muktamar di Bangladesh dan menjalankan kajiselidik Institusi Tahfiz Quran ke Indonesia dan Al Azhar. Sering mendapat undangan dan jemputan rasmi kerajaan Brunei dan Singapura.

   

 

Copyright IBTISAM TRAVEL & TOURS SDN BHD. All rights reserved.